Saturday, December 27, 2008

: : Suatu permulaan : :

bermula dari kata2 ustaz wan mse usrah aritu " hidup di dunia nie sekejap sahaja, ambil contoh, 60 tahun. tapi hidup di akhirat nanti berkekalan" entah kenapa hari tu ayat tersebut dgn intonasi dan cara ustaz bercakap lekat di minda sampai sekarang. berkesan sehingga sebelum tidur pun masih terngiang-ngiang ayat tersebut di telinga. dh bnyak kali aku dengar, baca ayat tersebut tapi kali nie mmg betul2 berkesan. tapi masih gak leka. solat pun ala kadar, khusyuk ke tak aku x tau. then, mse naik plane untuk ke scotland jumaat yg lepas, ribut plak dtg. angin Masya Allah kuat. dtg satu perasaan, takut mati. kenapa? sbb x cukup amal. sendiri tau. ayat ustaz wan bermain-main kt kepala mse dalam ribut tu. teringat kt org rumah, cmne la kalau stakat nie je hayat, x smpat pun nak balas budi. Alhamdulillah, selamat jugak mendarat. then pgi cri UKIM house kt glasgow, pusing2 jmpe jugak akhirnya. punya lah bengang sbb x bukak lagi. so pgi la cri hostel nk tido semalam sbb dh x tahan sejuk. meredah la dlm ribut tu cri. jmpe gak, kat area atas bukit. decide dgn yakinnya x jadi nak join pms sbb punyala bengang. tapi cakap kosong. hati berat je ckp xnak join. mcm ade satu perasaan yg insist suruh pergi gak. motif dtg pun sbb nak main ski je. tapi reda skit rsa bengang tu, fikir2 balik, baik ikut je. Alhamdulillah, semua ceramah yg aku dengar kali ini dalam masa 20 tahun hampir kesemuanya berkesan sampai ke hati, ade la satu ceramah yg aku x dengar sgt sbb suara penceramah slow sgt. ceramah last skali oleh ustaz mazlee, punyalah semangat ustaz tu bagi ceramah sampai aku megalirkan air mata tapi cepat2 cover. baru sedar betapa jahil diri sendiri. ade gak mention pasal wahan = cintakan dunia, takutkan mati; satu sifat yg sepatutnya xda dlm diri seorang muslim. mmg terasa habis. pastu, rse mcm x jadi pulak nk main ski sbb bajet terasa mcm lari. sedar x sedar aku terus bayar cash utk join. berfikir panjang la aku sepanjang perjalanan ke Avimore, tmpat nk main ski tu. sekali lagi hati aku tersentuh. saat mengerjakan solat jemaah di atas gunung ais, saat mencium tanah ketika sujud, aku mengalirkan air mata lagi. bru sedar akan betapa hinanya kedudukan manusia sebagai hamba tetapi berlagak di atas muka bumi.

bermula dari saat tu, timbul satu keinsafan. betapa ceteknya ilmu aku kalau nk dicomparekan dgn org lain. x pernah aku rse cmnie seumur hidup aku 20 tahun nie. terasa sangat rugi masa2 yg dh berlalu. ada yg hafal satu quran, ada yang siap boleh terjemahkan sekali; timbul perasaan rendah diri yg teramat. malam aku tidur pun x lena, sbb risau rsa keinsafan nie sementara sahaja. bangun tidur dh lupa diri balik; asal dagang akan kembali menjadi dagang yang pangkatnya hina. harus diingat, iman sentiasa naik turun, walau seteguh mana iman. ingat balik kata2 dr. T, berilah peringatan kepada diri sendiri dgn mengikuti majlis2 ilmu e.g usrah agar naik turun iman bukan ke arah negative, tetapi ke arah positif. kembalikan kegemilangan tamadun islam yang suatu masa dulu dipandang tinggi oleh tamadun barat akan muwasafat tarbiyyahnya. insya Allah.

: : Muwasafat Tarbiyyah : :


Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan dari manusia lain. Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti di sini tentang aspek-aspek seorang daie Muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna.

Sifat-sifat yang perlu ada pada diri duah ialah:


1. Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)

· Dakwah berat tanggungjawab dan tugas - perlukan badan yang sihat dan kuat.

· Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Maksud Hadis : Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.

· Pesanan al-Banna:

· Memeriksa kesihatan diri,mengamalkan riyadhah dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan badan.

2. Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)

· Akhlak kita ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw.

· Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan dai iaitu sensitif, tawadhu, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dll.

3.Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)

· Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain.

· Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan diterangkan oleh ulama yang thiqah.

· Pesan Imam Banna: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.

· Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari seerah, kesah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

4. Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)

· Walaupun kaya, perlu bekerja.

· Tidak terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan/resmi.

· Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan.

· Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).

· Menjauhi riba dalam semua lapangan.

· Menyimpan untuk waktu kesempitan.

· Menjauhi segala bentuk kemewahan apatahlagi pembaziran.

· Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam.

5. Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)

· Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi.

· Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.

· Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

6. Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)

· Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya.

· Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.

· Tidak melampau atau berkurang (pertengahan).

7. Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)

· Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.

· Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam.

· Dai mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.


8. Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)

· Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.

· Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.

· ..Aku adalah makhluk baru.. menjadi saksi kepada manusia.

9. Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)

· Untuk manfaatkan waktu dengan baik.. perlu penyusunan dalam segala urusan.

· Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.


10. Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)

· Dai umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain.

· Dai adalah penggerak dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung kepada dai.

· Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan.

· Dai merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

dipetik dari www.pembina.com.my



tambahan dari Ustaz Mazlee Malik:


* Tumuhan fi hayaatihi (man of vision)- setiap perkara yang dilakukan harus ada visi yang jelas supaya munazzamun fi syu'unihi dapat dilaksanakan dan insya Allah apa yang dihajati lebih mudah untuk diusahakan.

*Raqiqan Qalbuhu (soft hearted)- menurut ustaz, daie harus mempunyai hati yang halus, unik. seharusnya disertakan dengan sahihul ibadah yang mantap agar keimanan yang sentiasa naik turun dapat dijaga.


ayat hari ini: (2:14, 15)

14. Dan apabila mereka berjumpa dengan orang yang beriman, mereka berkata "Kami telah beriman." Tetapi apabila mereka kembali kepada syaitan-syaitan (para pemimpin) mereka, mereka berkata, "Sesungguhnya kami bersama kamu, kami hanya berolok-olok"

15. Allah akan memperolok-olokkan mereka dan membiarkan mereka dalam terumbang-ambing dalam kesesatan.