
aku duduk termenung di bangku itu lagi, keseorangan. aku hanya duduk, memerhati jasadku menjalani kehidupan seperti biasa. aku lihat jasadku senyum penuh berseri tapi mengapa hatiku tak rasa apa? jelas sudah, jasadku hipokrit. bukan aku! kenapa jasadku harus berbuat begitu? bukankah aku sangat membenci orang yang hipokrit, ku lemparkan segala tohmahan dan kata2 kesat terhadap mereka. namun, jasadku hanya mampu diam berbicara. takutkah jasadku itu? aku terasa sakit di dada. sekali lagi jasadku disakiti, halusinasi, x nampak dek manusia biasa.aku tanya kepada jasadku "di mana?" "di hati..." "kenapa kau rasa disakiti di hati?aku lihat kau senyum manis, riang gembira ke sana ke mari.." " aku hanya mampu melihat si dia membenci, aku terasa. bagaikan aku salah seorang puncanya" "ah, biarkan. ku lihat kau bersungguh-sungguh untuk melihat kegembiraan orang lain, tapi kau sendiri terluka. biarkan.." " tak akan aku biarkan, seperti yang kau kata, aku ingin melihat kegembiraan orang lain.." "mampukah engkau??" "...tak.."
aku lihat jasadku berlalu, aku duduk di bangku itu lagi. kasihan ku lihat jasadku, sifat ego yang terserlah di sekolah dahulu terkubur. ku tahu jasadku semakin matang, namun ku lihat jiwanya semakin parah kerana dia semakin faham akan kerenah manusia yang pelbagai itu. aku hanya mampu duduk diam, di bangku itu. kerana segala sifat dan kehendak jasadku dikawal oleh si minda. kali ini ku lihat dia duduk termangu, seperti orang hendak marah, tapi kemudian mukanya berkerut. ku tanya lagi " kenapa?" " aku bersifat ego lagi, aku takbur. aku tak ingat Allah. aku takut Dia membelakangiku, kawan-kawan melihatku dengan pandangan semacam.." "mengapa kau berkelakuan begitu?" "aku tak sengaja. segala apa yang aku ada hanya lah sedikit, dek sebutir pasir di lautan yang luas. aku tak mampu mengawalnya, si ego celaka itu!" baru ku tahu kenapa jasadku marah....
ku lihat jasadku berkurung di kubikel kecilnya, mentelaah dengan penuh payah. sakit pening, aku pun terasa. namun aku hanya mampu duduk di bangku itu, merasa segala kepahitan dan kemanisan yang jasadku ada. tapi jelas sekali, jasadku dalam diam berbicara akan persekitarannya, penuh dengan kebencian, kepura-puraan. ku tahu jasadku tahu, kerana dia nampak akan kepura-puraan itu. namun dia hanya duduk diam, mengukir senyuman dan akhirnya tergolonglah jasadku dalam golongan yang berpura-pura itu. aku marah, aku bangkit dari bangku itu, aku carikkan hati ku sendiri. biar jasadku merasa akan kepedihanku, tak pernah jasadku mengambil kira pandanganku. "wahai jasadku, keluarlah engkau dari golongan celaka itu, bukankah kau membenci yang teramat terhadap mereka? " "wahai rohku, aku terpaksa telan pahit kepuraan ku, terpaksa ku calit madu di bibirku,kerana ingin diterima di mata mereka..." "ah, bukankah kau boleh saja abaikan perasaan mereka, banyak lagi golongan yang engkau suka, golongan yang merendah diri, golongan yang jujur akan diri sendiri " "wahai rohku, golongan itu jika ada pun, hanyalah sedikit, gagal ku kesan di mana. aku terpaksa, aku terpaksa..."
ku lihat jasadku berlalu lagi, aku hanya mampu duduk di bangku itu lagi....
Thursday, May 29, 2008
jasad berbicara
[kecewa]
salam...al kisahnya time trial p3 tdi agak mengecewakan dr. bano. wan yang berhajat untuk mengambil gambar kenangan block 5 pun termati hasratnya kerana kerutan di wajah dr. bano. aku pun jadi cuak tadi. nak tau kenapa? sebab ramai antara classmate aku termasuk la aku sendiri mendapat markah 65 dan ke bawah daripada 75 markah. akibat kemalasan otak untuk berfungsi di bawah aircon yang sgt sejuk, dan juga kurang nya persediaan aku hanya mendapat 64 markah disebabkan kesilapan yang sangat careless. tapi kenapa mesti mendapat 65 dan ke atas? huhu, ianya adalah point selamat untuk mendapat A bagi paper p3 nie. haha, yang mengejutkan aku, blok further math junior, markah diorang sangat gempak; 75, 74, 74, 70 dan yang paling rendah aku lihat tadi adalah 62..huhu, jauhnye perbezaan markah dgn klas kitorg. aku x ingat sape yang cakap ayat nie tadi "diorang bdak further, memang la hebat" tapi, aku fikir balik, sepatutnya kitorang yang dapat markah mcm tu sbb masa untuk kitorg belajar p3 lgi lame dri diorg. huhu, aku terkesima. adakah usaha aku tak cukup? or sbb bdak further keje diorg mmg buat math je? hurm, xde alasan. aku kne target utk dapatkan 70 dan ke atas. okay, aku kne usaha lebih kali nie sbb mggu depan adalah penentu segala-galanya bagi aku. n bukan setakat p3 je, aku kne dapatkan A untuk paper s2. okay, cukupla aku membebel utk malam nie ye...nak study s2, tak nak kalah ngan laila..peace
mr. zabed : awang chemistry is no longer a mystery...

salam...pagi nie aku dibangunkan dgn panggilan dri eddy mengajak aku utk bermain tennis. aku dgn malasnya menerima ajakan tersebut, ngahaha(sebenonye mmg nak main pon) before aku melangkah ke tennis court, teringat pulak ade time triak p3 malam nie. huhu, alangkah beruntungnya aku bergurukan dr. bano utk subjek mathematics kt kyuem nie, sgt gembira! cara pengajaran beliau sgt la teratur dan juga diselitkan dgn unsur-unsur disiplin yang membuatkan orang malas spt aku nie sedar skit ngan dunia yang pernuh persaingan...aku teringat kembali aku adalah orang pertama yang kne detention class dgn dr. bano. wondering why?? sbb tulisan aku sgt KECIK. ngahaha, at first aku rse terkilan gak, so dalam hati yg jahat nie, aku nak melibatkan org lain plak..sorry mazzein n nain, aku saje je nak bg korg join aku as the "small writters" peeps. hehe...tapi, ble dh berlalu, rse cm rindu plak, nak lagi! huhu, tapi after my first detention class, khairul pulak yg take over my place dgn ketidakhadiran nya dalam dr. bano yang aku anggap as commit suicide. tapi ade la certain orang yang aku agak yakin x akan kne sbb bley la dianggap "anak emas" sbb kepoweran diorg dlm subjek math nie. haha...result aku agak merosot utk application nie, so aku di soundkan oleh dr. bano, yang akhirnya berjaya meningkatkan kan prestasi aku spt dulu2..haha, thanx dr. bano.
lepas maen tennis, aku layan la bce blog bdak2 kyuem yang penuh dgn informasi dan "kontroversi"..hehe, rata2 pelajar sains mention ttg klas chem diorg. aku pun tergerak hati la jugak nak menulis ttg history of my chemistry...ngahaha, since my course is biology, so bley la aku kate bye2 to chemistry [generally la...] sejarah chem aku bermula dgn klas pertama aku di sm sains kuching yg dipgg oleh cik wan haruniza, dh pindah ganu dh....pada mulanya, aku kurg berminat la chem sbb aku sgt ske ngan math and languages, tapi ble masuk form 5, aku dpt plak mr. jong, one of our guru cemerlang. wahahaha, this is the best part of my chemistry life. dri that point, bermula dgn organic aku mula menyukai subjek nie...sgt best!!alhamdulillah, aku berjaya dgn cemerlang, credit to mr. jong! masuk plak matrix, aku dapati chem mcm pelik semcm jek, minat aku pun jdi kurg balik...sekejap je kt matrix, masuk plak kyuem nie....dpt mr. zabed, the sentence yg dia bgitau kt aku, x akan ku lupakan sampai ble2 "Awang chemistryis no longer a mystery.."mse tu dia dh nak balik london..huk3, terkesima gak aku sbb mse dlm klas dia prestasi aku naik trun, ngahaha sbb kerajinan and kemalasan aku blum smpai tahap equilibrium lgi..then dpt la pn. laili..dia best gak ajar, cuma di sini la point aku patah hati terhadap chemistry..sgt2 patah hati...sentence yang sgt mengguris hati aku.."kalau nak tunjuk pandai, jgn pandai cakap je, kne pandai tulis gak..." sgt sedih, sbb niat aku bising2 dlm klas chem bukan nak menunjuk-nunjuk, tapi aku nak dia tahu aku fokus atas apa yang diajari..guru adalah di tangga kedua yang aku akan hormati sampai bila2, takkan ada niat nak menunjuk di hati aku nie sebagai seorang pelajar...aku patah hati...sampai ada point, aku kata dalam hati "i hate chemistry!"aku tulis nie bukan nak salahkan beliau, cuma maybe aku yang salah expression..xpe2, yang dh lepas biarlah berlalu...then ade la sorg cikgu yang diinterviewkan oleh mr hanson mengajar klas kami for 2 blocks [jpah, ko lupe mention this lady]kesian gak aku tgk dia dihentam oleh somebody in my class...soalan bertalu-talu menyebabkan beliau menjadi gelabah...xyah la cite panjang2 yek....then kitorg dpt mr. hanson...yeah, not bad, aku ske cara dia, sgt sempoi n sgt faham! tapi time tu luka aku terhadap chem sgt deep...for the last sem, the last chemistry teacher aku for this moment, ms shree....sgt cute!!kawaiii!! walaupun byk gak dia nampak blur mse soalan2 ditujukan, tetapi beliau sgt dedicated...luka aku terhadap chemistry pun x rse sgt dek kecomelan dan kesungguhan ms shree mengajar klas kitorg..5 days b4 paper btul pun dia bagi byk gile handout yang aku x sempat nak buat. segala-galanya berakhir semalam dgn paper 5 sbg penutup al-kisah chemistry dalam hidup aku sbgai seorang pelajar...x tau la kalau lepas nie ade lgi belajar chem, tgk la.tapi aku rse agak yakin xde specific subjek chem untuk aku...to my classmate, korg sgt best! sbb korg kiasu! ngahaha, aku pun ade semangat nak study. segala handout chemistry aku dh simpan dalam kotak sbb aku nak fokus to my favourite subject paper next week, mathematics! byk mse aku dihabiskan ddk depan pc neh, nak mandi n nak study la ek....tata
climax : middle
akhirnya selepas beberapa kali cubaan untuk menulis post baru, ade gak idea datang. betul kata sumone, mse kte nak sgt menulis tu la kte leh lupe...
sudah 14 hari final exam berlangsung, aku menyaksikan pelbagai jenis ragam kt kyuem nie...mcm2 perubahan dlam diri, termasuk la aku sendiri. memang aku akui, aku jadi pendiam dan lebih suka menyendiri...mintak maap la ye kwan2, kalau aku ade terguris hati korg dgn perubahan sikap aku... aku tengah mencuba yang terbaik utk future..nie la our chance, once in a life time...alhamdulillah, exam nie la yang menjadikan kita lagi dekat dgn Allah. yang aku hairan dgn diri aku nie, kenapa la mse bkn exam, segala urusan agama menjadi perkara kedua..ble mse susah, bru la merayu-rayu pada Allah S.W.T. aduhai, betapa hipokrit nya aku terhdapMu...ampunkan lah dosa hambaMu yang tersangat hina ini...
berkait dgn tajuk yang aku tulis, bru sebentar tadi aku perasan yang climax mse final ini adalah selepas berlangsungnya beberapa paper...ada di antara kawan2 yang seperti berputus asa tapi masih blum sampai penamatnya...alangkah ruginya kalau x berusaha sekarang...kita hanya mampu merancang, tapi segala-gala nya adalah urusan Allah. jangan lah berputus asa di pertengahan jalan, masih ada peluang untuk kita memperbaiki kesilapan. aku sendiri menaikkan motivasi aku dengan menampal ayat ini di bilik... "tak nak menyesal di kemudian hari"... kita dah diberi peluang, gunakanlah ia sepenuhnya. jangan ada perasaan putus asa dalam diri, kena ada sikap untuk terus maju. "kiasu"...selalu je aku dengar kawan2 pakai perkataan tu, tapi setelah difikir-fikir, kiasu nie sikap yang sangat positif...cuba lihat rakan-rakan yang bertungkus-lumus x tidur malam utk study, x jealous ke? kita bukan lemah, cuma ada masa kta x yakin dengan diri...kenapa nak compare dgn orang lain? xpe kalau nak memperbaiki diri sendiri, tapi untuk mengutuk menghina diri sendiri, baik tak yah. manusia adalah sebaik-baik kejadian. yakin pada diri, gunakanlah msa yang ada sebaik-baiknya, tanamkan sikap positif dalam diri, imbangkan segala aspek. fighting!
Wednesday, May 28, 2008
read this
Once a man was walking and he read this written on a wall
"Qull huwa Allah hu ahad * Allah hu al samad * Lam yalid
wa lam youlad * Wa lam yakoun lahu kofuan ahad"
So he sat and read it, while he was reading it a man who was
watching came and said 'Do you know, that you have got at least
470 hasnas (good deeds) just for reading this?'
The person who wrote this on the wall got 470 hasanas; even I
got 470 hasanas just for writing this mail, even you can get
470 hasanas! So press forward and let more people get 470
hasanas... don't forget each time someone reads this mail and
gets hasanas. So will you!!.
akhirnya...
akhirnya berlalu jua "bos besar" a.k.a chemistry paper 4....feelings? tengoklah nanti, apa yg kita rsa skrang xde makna nya...just wait n see aite! bru sekarang kepala ku terasa longgar skit, dri tdi tegang urat2 kepala ku, haha... cannot write too much, x leh nak fikir byk sgt skrg, nak bgi rehat skit...just nak update blog yang dh 3 hari aku x bersua muka, hehe
Monday, May 26, 2008
secawan milo panas
di pagi hari sambil minum milo panas nie, terasa segar kepala otakku ini..ngangahngah...terasa penuh dengan benzene ring yang carcinogenic, bak kata huzaifah...
alahai, x leh saba nak tggu paper 4 chem berlalu ngan jayanya....sangat penat la study for chem, big bos, kata meor pulak da....dari semalam lagi aku stay kt lam cubicle aku yang sunyi and aman, but sometimes sgt phsyco...sambil2 rehat semalam aku terjumpa lak mp3 "never meant to belong" perberian eddy yang bru semalam aku explore..huhu, sgt best...layan...sbb flow musik nya seperti jiwaku sekarang...melayang...kosong....ngahngahngah...saje je la bai....sebeno nye xde idea yang bernas lagi thrill untuk dipost sbb kepala ku sudah dipenuhi dgn element2 dlm periodc table yang menawan itu sambil terbayang acyl chloride dipadukan dgn ammonia, maka terhasil nya amide yang ku sayang2...just one day left utk prepare...ku tabahkan hati ini utk menghadapi nya dgn penuh bersedia dan akan ku tumpaskan chem p4 hingga suma territory nya ku takluk...waa, mcm cite 10000 b.c yang bru je aku tgk semlm smlm...
adeh, perut ku lapar...msg ku blum di reply oleh meor, ajakan ku utk ke cafe tergantung...waa...maybe lewat skit g makan...oh ye....today is my bos a.k.a father's birthday... dh wish dh kul 7.00 tdi, ngah ngah ngah...e-card pu sudah ku hantar via email... kay la...setakat nie je la bai, nnt aku dh ade idea bru utk di post akan ku coretkn di sini lepas chem p4... gua mau study application hari nie... chemistry, najib sayang kamoo!!
Sunday, May 25, 2008
OMG...no wonder la!!
alamak, the biggest mistake i ever did in my chemistry history.......
- anode-oxidation occur
- cathode-reduction occur
exactly at 11 : 35 :59, i got the confirmation from huzaifah ( T_T )
no wonder i always dizzy when it comes to anode and cathode questions this whole year!!
simple and silly mistakes will always be done, but you'll unravel it through your hardwork! fighting!!
chemistry = A xoxo :P
Saturday, May 24, 2008
dr. jahil and mr. "high"

haha, aku di sini lagi...tadi mse aku tgh kne heartburn, aku cakap la ngan meor pasal two separate personalities in one soul...susah sgt aku nak terangkan, akhirnya perbualan tu berhenti... ingat lagi tak mse skolah menengah dulu, cite "dr. jekyll and mr hyde"...ejaan nye aku x sure gak, tapi ade la bunyi2 cenggitu ek...akhir2 nie, aku rse mcm diri aku terbahagi dua, one with positive poles and another one vice versa...ambik contoh la...someone tumpahkan kuah nasik kat baju aku, pastu budak tu mintak maaf. aku kata "it's fine.." tapi dalam hati monolog "kalau xde org lain mmg aku simbah ko ngan tray2 aku skali kt muka ko tu..." begitulah salah satu contoh nye...hopefully korang leh get the picture ape yang aku try nak sampaikan. yang nie aku nyer two different personalities aku yang aku rse leh aku share ngan korang....
dr. jahil :
kenapa la aku rse macam aku nie x cukup usaha lagi...aku tak tau ini, tak tau itu, sedangkan tgh final exam...aduh, jahil nya aku dgn segala macam ilmu, dari ilmu duniawi hinggalah ilmu akhirat...baru aku tahu banyak lagi yang aku masih blum pelajari...betul kata orang, makin banyak kita belajar, makin banyak yang kita tak tau...aduh, jahilnya aku bila diorang cakap tentang politik negara sendiri...orang kata kalau x tau apa yang berlaku kat negara sendiri, baik berhijrah ke negara lain....setiap kali aku lalu bilik si dia, aku lihat dirinya x pernah lekang dari buku....setiap kali aku bercakap dgn si dia, aku lihat dia boleh bercakap dgn penuh yakin...aku dengar orang kata yang paper bio okay...kenapa aku x rasa apa2...aku rasa aku struggle bersungguh-sungguh...tapi kenapa diorang boleh melafazkan perkataan "senang" dengan mudah? kenapa bagi aku xde bnde yang mudah dalam dunia ini...aku terasa diri ini sgt kerdil, sangat jahil
mr. "high" :
haha, aku dah tau bnde nie..x payah la nak bce lagi...alahai, senangnye soalan nie...cubalah bagi yang susah skit...apsal nie! penat2 aku buat jadual nie, dia bagi 1 markah je...ape la orang yang buat mark scheme nie! aduh...kne main ngan budak nie ke...x best la, x power...aduh, makan nie lagi..mual tekak aku...aku pening la...rse cam terbang di awan plak...rse cam "high" jek, padahal x ambik drugs pun...bapak ah! dia study, gle la!! ceh, cakap bukan main yakin, sekali tengok salah...wahaha..aduh, bila nak abis nie..aku penat la....adeh...nanti kejap la, penat lagi, karang aa solat...aduh, terlepas lagi subuh, xpe2, bukan sengaja...haha, padan muka kau..kne la ngan diri ko tu...ape la si dia nie, ade je x kena....weh! aku nak sorang2 jap, jangan la kacau, nak cakap pasal masalah ko, baek aku layan movie lagi best! malas nyer nak dengar budak nie membebel...ish, ko nie sibuk je la ngan orang, macam pompuan je nak jaga tepi kain orang, biar lah diorg nak buat ape!
nampak tak dua orang nie, sangat2 berbeza? begitulah apa yang berlaku dalam diri aku..kadang2 si mr. "high" nie take over and main lepas jek kalau nak cakap...tapi most of the time, aku selalu bagi dr. jahil control the situation...aku ingat lagi mse skolah menengah dulu, mr. "high" nie mmg x leh dicontrol, sbb iman aku tersangat lah lemah, sangat daif hati aku dengan ilmu2 Islam yang indah....alhamdulillah, kawan2 di KYUEM nie banyak membantu aku dalam usaha mengurung si mr. "high" nie for good...tapi, jauh di sudut hati, x nampak dek pandangan manusia, ada lagi third personality yang sangat2 aku rahsiakan, sehinggakan tiada seorang pun kenalan aku yang pernah terserempak dengan dia...aha, full stop for that one...x leh cite panjang...so, to all my friends, especially yang ada kt KYUEM nie yang selalu bersama aku, lepas korang baca post nie, mesti korang akan nampak the two personalities of mine...tapi hopefully, do not talk about it, aku akan jadi confuse, serious! i'll find the way to be the real me, tapi it takes time..huhu....waa, sekarang mse tengah tulis nie, i guest dr. jahil and mr. "high" tengah gaduh to take over my mind. i'll see who will win for this moment..thanx xoxo :P
[p/s : mintak maaf lah ye, aku nyer bahasa rojak skit starting yesterday, sebab aku rse lagi selesa and sangat mudah aku nak menulis... ;P]
Friday, May 23, 2008
35 petua untuk menjadi pelajar cemerlang
PELAJAR CEMERLANG AKAN
Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut
Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
a). kita ingat 10% apayang dibaca
b). kita ingat 20% apa yang didengar
c). kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
d). kita ingat 70% apa yang dicakapkan
e). kita ingat 90% setelah dipraktikkan
1. Belajar secara aktif dengan pen/ pensil ditangan
2. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu ( tidak termasuk kerja rumah )
3. Belajar dalam persekitaran kondusif
a). pastikan cahaya adalah terang
b). kurangkan gangguan bunyi
c). tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
d). tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
e). kerusi dan meja menghadap kiblat
f). janagan lupa untuk senyum
4. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan
5. Mengulang kaji menggunakan kaedah output learning iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku / nota, ingat kembali, lakar / tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan
6. Tahu teknik merangsang memori:
a). memasukkan maklumat dalan memori ( registration )
b). menyimpan maklumat dalam sel memori ( retention )
c). mengingat kembali ( recall )
d). menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain ( application )
7. Sentiasa awal dan mendahului
a). persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru
b). pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya
c). belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan
8. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar
9. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru
10. Mempunyai teknik membaca yang betul
a). duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
b). membrika tumpuan sepanuhnya
c). menggunakan jari telunjuk untuk membaca
d). menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
11. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas
12. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan
13. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih
14. Mengadar rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji
15. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri ( study according to your biologicl clock ).
16. Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas,selepas baca al-quran / zikir selepas riadah dan selepas berdoa
17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar ( kita akan lupa 80% selepas belajar )
18. Mengulang kaji secara persendiran atau berkumpulan
19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sbelum peperiksaan.
20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa
22. Tahu petua mengulang kaji
a). cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
b). siapkan semua ?bekalan? dengan sempurna
c). duduk tegak dikerusi yang selesa
d). baca doa penerang hati
e). baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
f). fikir dan ingat kembali isi utama
g). catat / lakar
h). semak semula ketepatan maklumat
i). ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
j). buat rumusan
k). jawab soalan
l). tampal maklumat yang rumit di dinding
m). baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya
24. Tahu petua-petua agar tidak lupa
a). jangan makan kepala ikan
b). jangan makan organ dalaman
c). jangan minum semasa makan
d). jangan minum atau makan makana yang tercemar oleh semut
e). jangan melihat kemaluan
f). jangan melihat buih
g). jangan membaca nama pada batu nisan
h). banyakkan makan makanan yang mengan dungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
i). banyakkan makan kismis, kurma dan madu
j). banyakkan makan kekacang
k). pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
l). jangan makan sehingga terlalu kenyang
m). jangan kencing berdiri
25. Tahu kemahiran mengingat
a). tampal nota-nota penting di dinding
b). tukar perkataan, ayatb atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
c). gunakan kaedah akronim
d). reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
e). pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
26. Cekap mengatur jadual belajar
a). mempunyai jadual belajar
b). patuh kepada jadual
c). buat jadual yang boleh diikuti
27. Tidak menangguh belajar disaat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar
28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahjui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatka penyelesaian dari orang yang lebih arif
29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar
30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa
31. Membawa nota kemana-mana sahaja ( kecuali ke tandas )
32. Pelbagaikan tempat belajar
33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya
35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
a). taat kepada Allah
b). mendirikan sembahyang
c). menghormati kedua ibu bapa dan setiasa mendoakan mereka
d). hormati & sayangi gru
e). bersungguh-sungguh dal;am melakukan kerja untukmencapai kecemerlangan
f). suka pada setiap mata pelajaran yang disukai
g). membantu rakan yang memerlukan
h). berdoa dan bersyukur kepada Allah
i). sentiasa bertawakal
j). mahir dalam setiap mata pelajaran
**dipetik dari http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=74&thread_id=2081&pid=33531%
what the "duck"??

yeah, ini bukan image editing semata-mata....my member post image nie kt aku with the title "innocent kid"..aku gelak ble first time tgk tajuk tu, tapi then start thinking betul gak tajuk yg diberi, kinda suited it well.
aku ingat lagi mse form 3, aku masih takut2 nak sebut this F word, sbb my mum always remind me yang bnde tu x elok. than lame2 aku ddk asrama 5 years, aku tgk member2 aku selamba jek sebut depan khalayak ramai...at last, aku berani gak melafazkan perkataan keramat nie walaupun sampai sekarang, if i said it once, ianya akan berbekas dalam hati aku...huhu, x tau knape, but thats what happen evrytime i said that.
so, kita akan terikut ngan environment yang kita adapt la....kalau dalam biology nye, natural selection raises the frequency of alleles conferring an advantage and reduces the frequency of allele conferring a disadvantage.....so yang extremes nie lambat laun akan di "wipe out" kan oleh selection pressure... those weirdo(s), yg do something different, mcm dlm nodame cantabile, "otaku"...for instance, kt skolah aku dulu ade la sorg nie yang suke bnde anime KETERLALUAN (this is what i mean with extremes)..kne pulau...ade srg lagi member aku, mmg sgt pandai, bley dikategori sebagai genius...tapi kne pulau..why? i'm still wondering about that...
sape2 la yg x leh nak ikut what the environment/surrounding him to be, mmg x leh hidup TAPI those who have the guts to melawan mmg akan menang aite!! what i mean here is those who grew resistant terhadap those negative things...ketabahan is the condition needed...

haaa, yang nie lagi la critical, sampai berani nak tulis kat cikgu die bnde mcm tu...alahai, ape nak jadi kt budak2 sekarang, hancur hancus hancing segalanye, begitulah kekdah nye, bak kata lawi...pergh, nanti aku nak jadi cikgu nie, klu dapat pelajar macam nie memang aku lempang je...tapi ikut gak la "trend" nanti...parents skarang kan terlalu sayangkan anak....pergh, sayang sangat sampai naik kepala, haa, menangis la korg dapat anak mcm tu, pastu stat la berdoa kenapa la aku dapat anak macam nie....salah sendiri....institusi kekeluargaan sekarang memang dah semakin rosak aku tengok...kalau kat barat memang dah lame bnde nie berlarutan, tapi sekarang budak2 timur pun nak ikut gak sebab banyak sgt expose ngan "trend" barat nie...
macam yang aku tgk video russel peter, ade la dua org budak nie...sorg bdak india, X, sorg bdak mat salleh,Y ....si Y nie pg la rumah X nie, n then si X nie kne marah ngan bapak die...pastu, X diam jek...mse naik kat bilik X nie, Y pun tnye la ngan X, "why don't you lawan ur father balik?" then si X nie dgn blur nye berkata "can I?"pastu si Y nie bawak la si X pg rumah die...then Y's mum panggil la si Y nie, " honey, u didn't kemas ur bilik this morning!" pastu si Y balas balik..."shut up old fag!, i'll do it later!!" mak Y nie pun kata "okey honey.." alahai....betapa hina nye diorg buat mak bapak diorg kn...hurm...kekalkan ketimuran, tapi jangan sampai ketinggalan, buat apa yang patut, tapi x melampaui batasan....thanx :P
Thursday, May 22, 2008
yep, first paper dh berlalu....
yep, biology paper 4 dh berlalu, one of my important papers...no comment, thats the best description i can give. aku dh study, dh berusaha sedaya upaya, so just wait and see how it goes. aku nie jenis yang x brani nak cakap anything yang belum nampak, anything can happen in between kan, kan? thank you to my bio teacher, mr. vroege yang sgt banyak membantu, hehe. "sir, that zona pellucida thingy!!" hehe
to all my friends, thanks coz banyak membantu....chayok2 for our next paper! fighting!!
Tuesday, May 20, 2008
how about me?
i act like a strong, well-motivated person but nobody knows i always cried inside...
i add some advise given by my friend to others, but nobody knows i need one too...
i always want to comfort others, but nobody knows i had too much invisible scars inside...
i always want to be honest like my friends i had now, but i screwed it all because honesty always hurt....i didn't know that...
i smile to others, but i cut my heart into pieces
i walk with my friends, but i knew i always be alone
am i a loner? yes i am, now and always
a friend of mine said he hates to socialise, but i said i have to because i need someone
i always talk this and that, but no one hear it
they always promise me this and that, but at the end i'm the one to remind them back
someone said we can be open in this blog
so, i give this F*** word to those acting like a good listener but never listen
and also this F*** word to those who said "i promise" but never try to fulfil it
i'm sorry to be harsh here, but this is my real personality
but you'll never see that side of mine
because i've promised to myself, i'll locked "him" for good
i'm sorry...
dear friend,
sorry for being such a fool in front of you
sorry for not being good enough to pair with you
sorry for asking you too much
sorry for hating you sometimes
sorry for complaining too much
sorry for disrupting your life, giving no space for you to be alone
sorry for being too emotional for such a small thing
sorry for keeping smiles from everyone
sorry for being silent when you need to hear something
sorry for locking the door when you need to talk to me
sorry for not being good enough to care
sorry for being a hypocrite
sorry for every lie i told you
sorry for every penny i missed to pay you back
sorry for not being such a good friend
because i'm not a perfect person.......
[truly from the bottom of my heart, forgive me.... najib]
Sunday, May 18, 2008
pantun techno vs. pantun retro
Buah cempedak di luar pagar 
Ambil galah tolong jolokkan
Kenapa kau nak jolok pakai galah
Sebab cempedak tu dah jatuh kat luar pagar .
Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah hamba menumpang mandi
Patutlah bau badan kau busuk semacam
Bilik air ada, buat apa kau mandi kat ladang..
Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang hutang
Kalau nak, bayar, Cash On Delivery
Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau simpan dalam peti.
Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Kalau kau berani kejarlah kucing tu
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak..
Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat
Kain aku, si pencuri yang sapu
Rumah Pak Mamat di tepi sawah
Pakai langsir berwarna biru
Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa lah
Pakailah warna kuning ke, hijau ke, kelabu asap ke.
Air pasang dalam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Haloo nyonya, mau tanya sikit
Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka?
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Kalau padi tu belumlah masak
Janganlah tuai, taklah layu-layuan. .
Limau purut masak di dahan
Batang selasih condong uratnya
Limau purut tak boleh makan
Nanti sakit perut apa ubatnya.
Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu
Pergi aje ke Kampung Pandan
Sorong papan tarik padan
Buah keranji dalam perahu
Tolonglah jangan makan buah keranji tu
Nanti badan kau orang berbau.
Hayya Cik Siti, perempuan banyak muda
Ana banyak takut jalan tutup mata
Memanglah takut kalau jalan tutup mata
Sebab takut terpijak lubang Indah Water
Encik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit jerit
Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit
Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit
Buai laju laju
Sampai pokok sena
Woii, jangan buai laju-laju
Nanti kang tercampak kat pokok sena
Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Cucur atap tak sedap
Cucuk pisang, cucur udang, haaa tu sedap
tengah2 tension nie.....meh la buat sesuatu..hehe
lepas penat mentelaah chemistry, dengan basicity of amine nye, NO as homogenous catalyst nie, aku rasa penat pulak...terfikir pulak yang budak-budak KYUEM nie semua nya baik-baik, tak pernah buat sesuatu di luar jangkaan. yang ada pun secara senyap-senyap or just moderate la...aku dapat gambar nie masa bosan-bosan surfing kat internet.
meor? is that you??
kalau la yang dalam gambar tu budak-budak KYUEM, memang aku "suspect" gila aa. tambahan pulak sekarang semua dalam eam mode, mesti ada yang dah nak explode sebab too much information added kat peti otak tu.
haa...jangan kata boys je yang terfikir nak buat benda-benda cmtu.girls pun ada...
semua nie gara-gara mogok sebab ada kelas masa study leave..zassss! ambik kau! dah lah orang tengah tension nak buat benda yang tak masuk akal...huhu.
p/s : don't do this at KYUEM. u'll suffer physically and mentally...huhu
Saturday, May 17, 2008
anak perantau..

salam...
semua orang nak bercerita pengalaman hidup masing-masing dalam blog sebab tak terkata untuk mulut bersuara kerana takut tidak ada sesiapa yang sudi mendengar luahan bicara yang datangnya dari hati yang tulus. jadi di sini aku pun tertarik untuk menulis tentang pengalaman yang tak terluah dek perasaan malu dan sebab-sebab tertentu.
bermulanya kisah hidup aku sebagai anak perantau di negeri orang sangat menyedihkan dan tak akan aku lupakan sampai bila-bila.aku dengan yakinnya berkata kepada diri sendiri bahawa aku boleh hidup sendiri tanpa bergantung dengan orang lain semasa melapor diri di kolej matrikulasi Pahang hanya nak menyedapkan hati sendiri sahaja. aku menangis sendirian tatkala ibu bapa ku melangkah pergi meninggalkan aku sendirian dikelilingi oleh orang asing yang penuh dengan pelbagai ragam dan bertutur dalam loghat yang aku tak paham.entah ke mana menghilang keyakinanku untuk hidup tanpa bergantung kepada keluarga. dan akhirnya, aku hanya bertahan selama 3 hari sahaja di kolej matrikulasi pahang. aku sekali lagi menyusahkan bapaku untuk menguruskan pertukaran ku ke kolej matrkulasi labuan,di mana member-memberku menyambung pelajaran di sana.hidupku sangat berbeza di labuan, penuh dengan keseronokan yang memimpin aku ke arah yang salah.tidak harus ku dedahkan kesalahan lama di blog ini, hanya memudaratkan diri sendiri.
namun keseronokan aku dalam dunia tersebut tak berkekalan apabila mendapat panggilan dari ibuku mengatakan aku ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke institusi persediaan KYUEM untuk ke united kingdom. tak sampai sebulan aku di labuan, aku terpaksa balik ke semenanjung untuk meneruskan pejuangan ku. kali ini aku tekad untuk berusaha untuk menjadi yakin kepada diri sendiri, untuk hidup berdikari.
11 julai 2006 :
aku bangun lambat semasa tidur di hotel di puchong. tambahan pula, kawan ayahku yang bertanggungjawab menghantar kami ke KYUEM terlambat.aku sampai di KYUEM dalam pukul 12 tengahari. aku terasa cuak kerana takut-takut masa pendaftaran telah tamat. namun segalanya berjalan dengan lancar. setelah selesai pendaftaran, aku sesat semasa mencari chalet yang telah ditetapkan. setelah penat mencari, rupa-rupanya, aku tercampak di kawasan chalet perempuan.ada seorang chaletmate aku, wan yang dah siap mengemas barang dan bersiap-siap untuk ke dewan. aku sekali lagi melalui pengalaman pahit ditinggalkan sendirian di tempat orang. ibu aku berpesan supaya yakin dan hidup baik-baik. aku keseorangan lagi....aku menangis sendirian..
17 may 2008 :
2 tahun telah berlalu. KYUEM mengajar aku erti hidup sebagai perantau, banyak pahit manis yang aku tempuhi. banyak pengalaman dan pengajaran yang aku dapat. banyak ilmu Islam yang aku kumpul di sini. bukan untuk berkata di Sarawak tak ramai yang arif tentang ilmu Islam, cuma masalah nya datang dari diri aku sendiri, kerana tidak mahu didedahkan dengan perkara yang menyihatkan.tambahan pula, kebebasan aku di rumah tidak terbatas. bukan untuk menyalahkan ibu bapaku, namun sendiri tahu mana yang baik dan buruk. sebelum ini, aku hanya dibenarkan untuk keluar rumah sampa 10 malam sahaja. tapi selepas SPM, aku mendapat kebebasan penuh. aku hairan dan gembira. namun di situlah bermula nya kisah-kisah kehidupan yang sebenar. sekarang, aku duduk di meja belajar berusaha untuk menentukan masa depan ku sendiri. bak kata dr. bano, "the future is in your hand". aku asyik berkata kepada sahabat-sahabatku, aku tak sabar nak menunggu tamatnya A Level kerana nak mencari pengalaman hidup. baru aku sedar pengalaman hidup aku telah lama bermula. baru aku sedar bahawa aku yang menentukan arah tuju aku. aku yang memilih kehidupan ini, hanya aku yang menerima baik buruk pilihan aku.
baru aku tahu kenapa aku sentiasa berasa sendirian setiap saat dalam hidup aku. aku sentiasa mencari teman yang sesuai untuk aku rasa aku tidak keseorangan, namun tidak ketemuan. kerana hanya aku yang memilih jalan hidupku. hanya aku yang memilih sahabat-sahabat yang ingin aku kenali dengan rapat. hanya aku yang boleh menentukan untuk menjadi rajin atau malas, baik atau jahat.itulah sebab perasaan "lonely" tak pernah padam. hanya aku...
best of luck for p3 and s2!