aku tersedar sendiri pagi tadi tepat pukul 7. bru aku teringat sepatutnya aku attend tournament counter strike semalam, tapi aku tertidur pulak da...lepas kejut mas, aku start packing barang skit2. sayu pulak rasa di hati tapi nak buat cmner kan. aku bercadang untuk memanjat tangki air sejak seminggu yang lalu. akhirnya tercapai jugak. time panjat tu mmg dh lewat giler, around 8 a.m. kitorg ade full dressed rehearsal pukul 9, namun aku yakin sempat. ditemani oleh nazri dan nizam, tangki air bertulis KYUEM berjaya dipanjat. namun, yang dua orang tu agak gayat sebab tangga berlubang besar. entah kenapa aku berasa sangat yakin untuk pergi ke tempat setinggi tangki tu sebab aku pun sebenarnya gayat gak. maybe...perasaan "yang terakhir" tu mengatasi segala ketakutan. sempat ambik beberapa gambar jek sebab takut lewat. balik ke bilik, aku start memasang lagu kuat2 menggunakan woofer meor yang ditinggalkan kat bilik aku. terasa sangat damai [daa..., sepatutnya aku kata this is the very first and last time chalet aku sebising nie..] hurm, lepas bersiap apa semua, kami menuju ke great hall. punya lah lama tunggu pn. rog nak start majlis, aku pun duduk diam jek di tengah2 kepulauan keperempuanan, aku pun bajet ayu, haha. nasib baik la aku bawak mp4 aku, bley la aku menyumbat telinga aku dari mendengar segala girls talk yang entah ape2 aku x paham langsung, hehe. then, pn. rog datang around 930 a.m. bukannya nak start terus, dia pegi bom orang pulak daa....pesanan penaja : 3 orang pelajar....[time dia sebut nie aku dh cuak, ingat kan nak panggil kitorg sbb panjat tangki] memecah masuk bilik tv di apartment. what a relief! memang cuak giler2 aku time tu. akmal dgn sape ntah name dia kne jmpe pn. rog after rehearsal. then, ditambah la lagi dgn beberapa pesanan penaja yang lain. rehearsal berjalan dengan lancar, walaupun komen2 yang sangat zasss menyentap hati beberapa pelajar sebab x pakai baju for the real occasion esok. then, before balik makan, aku sempat hantar kad dr. bano. sedey sbb time tu dia dh xde kt office. bla3, makan, solat jumaat yang terakhir. at 230 aku start packing balik. time nie memang dh nak mengalir air mata aku sbb sangat sedih. terasa sangat kesedihan nak blah dri kolej nie. semalam masa wida' aku x rasa ape pun sbb x feel lagi time tu. hurm, around 430 aku dh siap packing. mmg banyak giler barang aku buang sbb risau excess luggage yang melampau esok. after asar, kitorng panjat tangki air lagi...kali nie, aku, meor, nazri and mas. ingatkan mas n meor ok jek, skali gayat jugak... adeh....okay, skip ape yang berlaku kat atas tangki. kitorang lepas tu pegi tangkap gambar sekitar kolej...sedih...sebab semua yang best2, e.g jap garden, saad square and orde cosmos yang bru sempat dirasai buat masa yang singkat. xpe la, insya Allah kita akan dapat yang lagi cantik lepas nie. bla3, siap mandi ape semua, solat maghrib kat surau, kitorg pegi la end sem dinner. yang nie mmg aku x feel ape pun. tapi aku mmg nak rsa happy for this one. lepas nie dh x rase lagi dh end sem dinner..."yang terakhir"...n macam biasa, tabiat buruk semua budak kolej nie [maybe] suka sangat ambik makanan banyak2, then tinggal kat atas meja a.k.a membazir la...for sure, aku x terkecuali. haha, kadang2 aku cop diri sendiri "raja pembaziran" msa ddk kt KYUEM sbb slalu jek x abis makan. ape2 hal dulu, lepas nie aku ade very important and special events, talk of the town, "party jejans"!! haha.....hurm, maybe....nie post aku "yang terakhir" semasa berada kat kolej nie, duduk dalam bilik aku p-34-c[hopefully i remember my own room, not to forget, L-08-A]. salam perpisahan dari aku, insya Allah aku akan terus istiqamah mengupdate kan blog nie, menulis kisah hidup aku yang semakin tua nie...hehe. miss u all...peace!
Friday, June 20, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment