
salam...
semua orang nak bercerita pengalaman hidup masing-masing dalam blog sebab tak terkata untuk mulut bersuara kerana takut tidak ada sesiapa yang sudi mendengar luahan bicara yang datangnya dari hati yang tulus. jadi di sini aku pun tertarik untuk menulis tentang pengalaman yang tak terluah dek perasaan malu dan sebab-sebab tertentu.
bermulanya kisah hidup aku sebagai anak perantau di negeri orang sangat menyedihkan dan tak akan aku lupakan sampai bila-bila.aku dengan yakinnya berkata kepada diri sendiri bahawa aku boleh hidup sendiri tanpa bergantung dengan orang lain semasa melapor diri di kolej matrikulasi Pahang hanya nak menyedapkan hati sendiri sahaja. aku menangis sendirian tatkala ibu bapa ku melangkah pergi meninggalkan aku sendirian dikelilingi oleh orang asing yang penuh dengan pelbagai ragam dan bertutur dalam loghat yang aku tak paham.entah ke mana menghilang keyakinanku untuk hidup tanpa bergantung kepada keluarga. dan akhirnya, aku hanya bertahan selama 3 hari sahaja di kolej matrikulasi pahang. aku sekali lagi menyusahkan bapaku untuk menguruskan pertukaran ku ke kolej matrkulasi labuan,di mana member-memberku menyambung pelajaran di sana.hidupku sangat berbeza di labuan, penuh dengan keseronokan yang memimpin aku ke arah yang salah.tidak harus ku dedahkan kesalahan lama di blog ini, hanya memudaratkan diri sendiri.
namun keseronokan aku dalam dunia tersebut tak berkekalan apabila mendapat panggilan dari ibuku mengatakan aku ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke institusi persediaan KYUEM untuk ke united kingdom. tak sampai sebulan aku di labuan, aku terpaksa balik ke semenanjung untuk meneruskan pejuangan ku. kali ini aku tekad untuk berusaha untuk menjadi yakin kepada diri sendiri, untuk hidup berdikari.
11 julai 2006 :
aku bangun lambat semasa tidur di hotel di puchong. tambahan pula, kawan ayahku yang bertanggungjawab menghantar kami ke KYUEM terlambat.aku sampai di KYUEM dalam pukul 12 tengahari. aku terasa cuak kerana takut-takut masa pendaftaran telah tamat. namun segalanya berjalan dengan lancar. setelah selesai pendaftaran, aku sesat semasa mencari chalet yang telah ditetapkan. setelah penat mencari, rupa-rupanya, aku tercampak di kawasan chalet perempuan.ada seorang chaletmate aku, wan yang dah siap mengemas barang dan bersiap-siap untuk ke dewan. aku sekali lagi melalui pengalaman pahit ditinggalkan sendirian di tempat orang. ibu aku berpesan supaya yakin dan hidup baik-baik. aku keseorangan lagi....aku menangis sendirian..
17 may 2008 :
2 tahun telah berlalu. KYUEM mengajar aku erti hidup sebagai perantau, banyak pahit manis yang aku tempuhi. banyak pengalaman dan pengajaran yang aku dapat. banyak ilmu Islam yang aku kumpul di sini. bukan untuk berkata di Sarawak tak ramai yang arif tentang ilmu Islam, cuma masalah nya datang dari diri aku sendiri, kerana tidak mahu didedahkan dengan perkara yang menyihatkan.tambahan pula, kebebasan aku di rumah tidak terbatas. bukan untuk menyalahkan ibu bapaku, namun sendiri tahu mana yang baik dan buruk. sebelum ini, aku hanya dibenarkan untuk keluar rumah sampa 10 malam sahaja. tapi selepas SPM, aku mendapat kebebasan penuh. aku hairan dan gembira. namun di situlah bermula nya kisah-kisah kehidupan yang sebenar. sekarang, aku duduk di meja belajar berusaha untuk menentukan masa depan ku sendiri. bak kata dr. bano, "the future is in your hand". aku asyik berkata kepada sahabat-sahabatku, aku tak sabar nak menunggu tamatnya A Level kerana nak mencari pengalaman hidup. baru aku sedar pengalaman hidup aku telah lama bermula. baru aku sedar bahawa aku yang menentukan arah tuju aku. aku yang memilih kehidupan ini, hanya aku yang menerima baik buruk pilihan aku.
baru aku tahu kenapa aku sentiasa berasa sendirian setiap saat dalam hidup aku. aku sentiasa mencari teman yang sesuai untuk aku rasa aku tidak keseorangan, namun tidak ketemuan. kerana hanya aku yang memilih jalan hidupku. hanya aku yang memilih sahabat-sahabat yang ingin aku kenali dengan rapat. hanya aku yang boleh menentukan untuk menjadi rajin atau malas, baik atau jahat.itulah sebab perasaan "lonely" tak pernah padam. hanya aku...
Saturday, May 17, 2008
anak perantau..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam..
Subhanallah..post ktk tok btol2 mnggmbarkan apa yg lain2 anak dagang rasa...
Thnx 4 sharing..
haha, i'm acting cool tapi dlm hati sapa tahu...huhu
Post a Comment